Saturday, 20 June 2015

The Winning Mentality

Aku takjub, wujudnya winning mentality yang dilahirkan oleh winning confidence.

https://youtu.be/wHNZj0uFR1E

Friday, 19 June 2015

Menjejaki semula jejak lama

"Its official" , aku dah deactivate fb aku.

Terlalu banyak masa aku habis dengan FB. Bukanlah isunya aku melakukan perkara yang tidak bermanfaat dgn FB aku.
Aku banyak membaca, mengikuti isu semasa dan mendapat pandangan dari pelbagai orang yang aku "follow". Banyak juga hubungan yang terjalin, selain dari menjadi medium aku berkomunikasi dan beroganisasi.

" Tekanan psikologi"

Dalam dunia yang dikatakan sebagai zaman " information overload". Oleh kerana terlalu banyak input2 n bacaan yg aku dapat dari FB dari orang2 yg aku follow. Ia semacam menjadi tekanan "psikologi" kepada aku untuk mengikuti dan membaca satu persatu post yang hadir dalam "news feed"

Walaupun ia banyak membantu aku, tetapi oleh kerana terlalu banyak "volume" maklumat yang datang. Aku tewas, "overwhelmed". Sehingga kerana aku " compromised" bacaan rutin aku yang lebih core, akhirnya aku terjerumus dengan perkara "ad-hoc". Aku terlepas pandang akan bacaan " core" aku yang lebih berstrategik dan memberi kesan jangka masa panjang, Sebaliknya aku terkejar-kejar dengan perkara yang mendatang melalui FB.

"State of Denial"

Terlalu lama aku berada dalam state of denial, aku merasakan aku selamat dari ketagihan FB. Oleh kerana aku banyak mendapat bahan bacaan yang baik melalui FB, akhirnya aku menjadi "dependent" kepada FB untuk menambah ilmu dan pengetahuan.

Sungguh ironi bukan, aku yang pernah suatu ketika menasihati adik2 aku untuk berhenti dari menggunakan FB, kerana melihat kpd "pointlessness" mereka ber"FB". Menyorot kembali nasihat itu ada benarnya, tetapi menjadi bermasalah apabila nasihat itu aku berikan dengan rasa "self-righteous". Aku merasakan kerana aku mampu memberi nasihat, maka aku terlepas dari ujian FB.

Kini aku mengerti, aku perlu kembali kepada perkara asas. Menguatkan semula disiplin asas aku, menguasai diri demi mencapai kebebasan.
Aku suka dengan analogi Dr Tariq Ramadhan berkenaan pemain violin, hanya dengan menguasai disiplin ilmu bermain violin barulah seseorang kelihatan bebas bermain " effortlessly".

"Menjejaki semula jejak lama"

Aku pernah hidup dalam zaman yang aku rasa dipenuhi makna, zaman ketika aku tidak bergantung kepada FB sebagai sumber bacaan yang utama.
Sebaliknya aku bergantung kepada buku, ceramah dan artikel/kertas kerja.
Memang pada zaman itu pengetahuan mungkin tidak "up to date", tetapi sekurang-kurangnya ia mengeyangkan aku.
Aku rindu kelazatan dahulu.
Maka aku bertekad, dengan menggunakan semangat Ramadhan ini, sebagai sebuah pendorong mencari dan menjejaki semula jalan dahulu.



Saturday, 13 June 2015

Menunggu P. Ramlee abad ini

Apabila aku terbaca kisah bagaimana Okubo Toshimichi menjadi antara watak  dalam "Meiji Restoration".
Aku kagum, bagaimana ada watak samurai yang ingin melakukan  perubahan institusi politik dan ekonomi tanpa sebarang kepentingan peribadi.
Bagaiman bermula dengan " Meiji Restoration" sejarah Jepun berubah sama sekali, dari sebuah masyarakat feudal kepada masyarakat yang lebih adil dan inklusif.

Aku melihat keperluan untuk khazanah sejarah dikaji. Di mana watak-watak pemimpin bangsa Melayu yang berintegriti dan berwawasan di tonjolkan.
Membina semula kemuliaan bangsa yang seakan hilang keyakinan diri.
Hilang kerana mengalami sindrom Minda Tertawan.

Perlu ada golongan karyawan berganding bahu dengan ahli sejarawan, menukilkan kisah-kisah pemimpin ummat.
Membina karya sastera agung untuk tatapan dan penghayatan masyarakat.

Paling tidak pun perlu ada karyawan yang dapat menghasilkan karya yang memberi gambaran realiti dan kritikan masyarakat, dan memberi inspirasi untuk membangun. Apakah akan ada lagi watak P.Ramlee abad ini? Seorang yang menghasilkan karya yang mampu membuka kesedaran masyarakat mengenai kepincangan sosial dan politik, seperti Penarik Beca , Antara Dua Darjat dan Ibu Mertuaku.

Aku di sini akan tetap menunggu P.Ramlee abad ini.

Damai yang jarang mengunjung tiba

Hujan begitu lebat turun, aman. Begitu nyaman udara yg bertiupan membawa bau harum tanah dan pohon-pohon yang dilimpahi hujan.

Aku duduk sendirian dari meja kafe ini. Sedang menjamah kuih karipap berintikan ubi kentang.
Sudah lama tidak menjamah kuih karipap resepi mak ngah aku. . Teringat kepada karipap pusing yang garing di luar namun begitu lembut di dalam.

Ahh, kerinduan yang membuai-buai jiwa ku. Lebih-lebih lagi sedang sendirian.
Aku merenung jauh kearah hujan, membayangkan manik-manik hujan yang turun.
Begitu indahnya kitaran alam.

Termenung aku, bahagia dengan keamanan dengan waktu senggang. Sudah lama tidak aku mempunyai masa sebegini, sejak sibuk dengan komitmen luar. Bukanlah aku tidak bersyukur atau suka dengan komitmen luar yang mengisi masa lapang aku.
Cumanya kadang-kadang seseorang itu memerlukan masa kosong.

Seperti kata John Gray, seorang lelaki memerlukan masa tuk dia masuk ke dalam "Gua" nya. Masa sendiri.
Aku bukan membenci kesibukan fard ain aku sebagai pelajar, komitmen tanpa henti. Klinik, Lab, Appointment, ahhh.

Adakala emosi aku tidak terkawal, sehingga membenci rutin harian yang tidak berkesudah. Rutin yang membantutkan pembacaan, penulisan dan kerja-kerja lain aku.

Aku masih duduk di situ, beredar mencari ruang yang lebih sunyi.
Melihat keindahan alam, menarik nafas dalam-dalam. Menikmati damai yang jarang mengunjung tiba.

Thursday, 11 June 2015

Masih banyak yang perlu dilakukan

Terlalu banyak kerja yang masih perlu dilakukan..

Aku mengeluh seorang. Aku sedar keluhan itu tidak akan membawa sebarang hasil, biarlah cukup sekadar melepaskan keresahan sedikit.

Perkongsian semalam sangat berbekas.
Aku selama ini merasakan serba sedikit aku mulai belajar, tetapi banyak pelajaran aku itu yg melangit tetapi tidak membumi. Ya ia bermanfaat bagiku, tetapi oleh kerana aku terlalu cepat melangit. Aku terpisah atau "detached" dari kalangan yang sebaya dengan aku.

Akhirnya apabila aku meningkat usia, aku tidak dapat turun kepada adik-adik. Aku perlu memerah akal, bagaimana untuk menyesuaikan pengisian agar sesuai dengan kemampuan dan keperluan mereka. Oleh itu juga aku jadi keberatan untuk berkongsi apabila dijemput.

Sukar rupanya kemahiran mengenalpasti dan menyesuaikan laras bahasa dan pengisian mengikut "audience".
Sekarang aku lihat, berapa aku perlu menstrukturkan semula kefahaman asas aku. Membina semula kefahaman konseptual asas, membaca bacaan asas.

Aku perlu bersedia untuk menjadi 'Abang' untuk sentiasa bersedia berdepan dengan persoalan dan keperluan mereka, disamping mengembangkan ilmu aku dalam bidang " specialization" aku.

Saturday, 2 May 2015

Manifesto Aku Kepada Generasi Penggoncang Dunia


Pencarian yang sekian lama sudah berbuah
Merentasi zaman serba kosong dan duka,
Meninggalkan zaman penuh celaka
Zaman tiada ku kenal alif, ba, ta


Girang hatiku
Manisnya ketemu
Para sahabat dan juga guru.
Dalam misi memugar wawasan budaya ilmu


Detik bermula perjalanan 
Tidak ku tahu ke mana pengakhirannya 
Namun kini, jelas apa tujuan hidupku
Jika dulu aku terlalu asyik dengan pengakhiran
Namun kini  ku sedar perjalanan itu jauh lebih mahal

Insaf, dan akur
Segalanya sudah siap teratur
Insaf sedar akan hakikat
Akan hikmah tuhan tiada terbatas mahupun terikat

Tiada lagi penyesalan diriku,
Akan perkara yang telah berlaku
Kerana ku sedar hakikat yang satu
Bahawa tuhan tiada mensiakan segala sesuatu


Misi khayrah ummah bermula dengan kebangkitan
Kebangkitan yang berpaksikan ilmu dan adab
Membina generasi baru dengan konsep taadib
Agar habis dibunuh penyakit biadab


Di taman ilmu dan budi, 
Aku bercita dan jatuh cinta
Akan aku pegang teguh misi pembangkitan ummat
Berjuang selama ruh terkandung dalam jasad,
Sehingga jelas misi Jujungan Besar,
Membawa rahmat keseluruhan Alam.


Ayuh anak muda yang mendambakan syurga
Jangan bertagak dan berdalih
Bulatkan tekad, nyalakan api semangat
Biar seluruh ummat manusia tahu,
Sudah sampai saf pemuda pengongcang dunia

~ S ~

Wednesday, 11 March 2015

Artikel untuk Badan Latihan dan Pembangunan PKPIM Kuantan - Niat, Visi dan Objektif

Niat, Visi dan Objektif.






” Dari Amirul Mukminin Umar Al-Khattab r.a katanya : ” Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda : – ‘ Sesungguhnya setiap amalan perbuatan adalah dinilai mengikut niat. Setiap orang dinilai dengan niatnya. Sesiapa yang berhijrah kepada Allah dan Rasulnya maka hijrahnya dinilai mengikut niatnya menuju kepada Allah dan Rasulnya. Sesiapa yang berhijrah untuk mendapatkan dunia atau wanita untuk dikahwininya maka hijrahnya dinilai mengikut tujuan hijrah itu.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)


Sudah pastinya hadith berkenaan niat begitu sering diulang di dalam sebarang program pengisian, seminar, diskusi mahu pun usrah.
Semua sudah pasti tahu dan hafal intipati hadith pertama dari susunan hadith 40 susunan Imam Nawawi.

Pada kali ini ingin saya kupaskan bagaimana menghayati definisi niat ini dalam aspek yang lebih 'operational' . 'Operational' dalam erti kata yang lain ialah gerak kerja. Sebagai Mahasiswa,  disamping kelas dan khursus pengajian, kita juga tidak dapat lari dari program. Tidak kiralah apa jua program sekali pun, kita akan terlibat jua sama ada sebagai peserta mahupun sebagai ahli jawatankuasa.

Niat dalam definisi yang mudah bermaksud, keinginan, hasrat atau harapan yang lahir dari hati sebelum kita melakukan sesuatu perkara. Seperti contoh apabila seseorang berniat ingin solat, dia melakukan solat itu dengan hasrat melaksanakan kewajipan solat, dia juga berharap agar solatnya diterima. Begitu juga apabila kita menjadi seorang ahli jawatankuasa sesebuah program, haruslah kita memasang niat yang tertentu, boleh jadi kita mahu menambah pengalaman dan ilmu pengurusan, boleh jadi kita ingin melatih diri, atau kerana kita ingin menyelesaikan sebuah masalah yang cuba diselesaikan melalui program itu.

Antara komponen penting yang harus datang dengan niat adalah dengan kehadiran hati. Namun saya tidak mahu mengupas panjang lebar akan elemen kehadiran hati dari aspek spiritual, sebaliknya saya ingin mengupas bagaimana kita dapat menghadirkan hati dari aspek yang lebih bersifat gerak kerja. Ada dua perkara asas dalam sesuatu niat, iaitu visi yang jelas dan objektif yang 'SMART'




Memiliki Visi Yang Jelas

1. Visi boleh membawa maksud arah tujuan, matlamat, atau cita-cita. Dalam memaknai sesebuah niat haruslah kita memahami visi yang terkandung di dalam niat itu. Bermakna sebelum kita melakukan sesuatu perkara haruslah kita mempunyai visi yang jelas, tahu apa yang ingin dicapai. Ingin saya berikan dua analogi mudah untuk menjelaskan apa yang saya maksudkan.

Apakah visi yang yang ditanam apabila kita bersolat? Mudah bukan, sudah semestinya kita bersolat untuk menunaikan kewajipan, sekaligus medapat keredhaan Allah. Mungkin banyak lagi visi lain seperti melatih diri sebagai pemimpin, melatih disiplin menepati masa dan sebagainya. Pokoknya niat ialah satu aspek, visi merupakan penjelasan lanjut kepada niat yang asas itu.


Begitu juga dengan menuntut ilmu, secara ringkasnya boleh jadi kita menuntut ilmu juga sebagai jambatan menuju redha Allah, kerana kriteria asas ibadah perlulah bermula dengan ilmu. Apabila kita faham akan niat kita yang pertama tadi, maka harus difikirkan bagaimana untuk menuju redha Allah? Maka kembangkanlah dari niat yang asal tadi dan membentuk visi yang jelas bagaimana menuju redha Allah. 
Maka terpulanglah kepada setiap individu membentuk visi masing-masing, boleh jadi seseorang itu meletakkan visi menuntut ilmu sebagai suatu persiapan diri untuk menjadi pemimpin ummah, penyelesai masalah, jurubicara dan pendidik. Pokonya carilah visi anda dalam apa jua perkara yang anda niatkan, 'Begin with End in mind' bak kata-kata Stephen R Covey di dalam bukunya 7 Effective Habbit of Highly Succesful People.




2.Secara prinsipnya, di dalam apa jua pekerjaan haruslah kita mempunyai mentaliti berkhidmat dan cuba menyelesaikan sesebuah masalah yang timbul. Kita perlu melatih minda kita untuk cepat melihat dan mengenalpasti masalah yang mana masih belum ada penyelesaian. Perlulah kita bersikap proaktif, kerana dalam menyelesaikan masalah yang belum ada penyelesaian adalah sebahagian dari fardh kifayah. Walaubagaimanapun haruslah sebarang apa yang ingin kita lakukan berpasakkan kepada realiti, iaitu kemampuan dari segi ilmu, kemahiran, kemampuan material, dan masa. Tetapi janganlah pula kita akur kepada realiti sehingga tahap kita selesa dengan status quo semata-mata.


Objektif yang SMART
1. Peter Drucker di dalam konsep "Management by Objectives" mengagaskan keperluan untuk sesebuah objektif memenuhi kriteria SMART, iaitu 'Specific' iaitu bermakna, jelas, dan difahami , 'Measureable' iaitu dapat diukur dan mempunyai KPI (key performance index - indeks kejayaan) , 'Achieveable' iaitu mampu dicapai , 'Realistic' iaitu berpijak kepada dunia realiti, dan 'Time Oriented' iaitu kita mempunyai rangka perlaksanaan, tempoh masa. Mungkin pada permulaan, sedikit sukar untuk difahami dengan lanjut apakah yang dimaksudkan dengan 'SMART'. Objektif dalam bahasa yang ringkas dapat difahami  sebagai indikator khusus apa sesuatu perkara yang dapat diukur (KPI).  Jika difahami, objektif berperanan untuk memberikan huraian lanjut agar visi itu lebih mudah dicerna,difahami dan bertindak ke atasnya, kerana boleh jadi visi umum dan memerlukan penjelasan yang lanjut. Maka KPI dapat di maksudkan dengan indikator-indikator tercapainya sesuatu objektif, boleh jadi ia telah diletakkan oleh seseorang, dan boleh jadi kita perlu meletakkannya sendiri.





2. Berbalik kepada dua analogi yang saya berikan tadi, solat dan menuntut ilmu.
Di dalam solat haruslah kita melihat apa KPI ( Key Performance Index) solat, bagaimana dikatakan solat itu mencapai kriteria solat yang sempurna. Seperti semua maklum antara komponen solat yang sempurna hendaklah seseorang itu mempunyai ilmu akan solat yang betul, mengikut tertibnya dan diikuti dengan perasaan khusyu'. Maka dengan memahami KPI itu barulah kita boleh melakukan persiapan demi mencapai indikator tersebut.

Begitu juga dengan menuntut ilmu, apabila dikatakan visi dalam menuntut ilmu adalah sebagai persiapan menjadi pemimpin ummah, maka menjadi tanggungjawab untuk kita memahami komponen asas yang melayakkan seseorang itu menjadi pemimpin ummah. Ia bermula dengan bertanya soalan seperti 'Apakah yang dimaksudkan dengan pemimpin ummah?' , 'Siapakah suri teladan yang dapat kita ambil yang menepati kriteria sebagai pemimpin ummah?' , 'Bagaimanakah kita dalam mempersiapkan diri untuk menjadi pemimpin ummah?'. Bagi saya antara ilmu asas seseorang yang mahu menjadi pemimpin ialah ilmu berkenaan kepimpinan, kemahiran komunkasi interpersonal, kemahiran mengurus dan juga kemahiran melatih. Namun sudah pastinya ilmu ini digabungkan dengan kekuatan akhlaq dan prinsip.





Khatimah

Niat dapat difahami dengan kita mempunyai sasaran yang jelas dan tahu apa kayu ukur yang ingin dicapai.  Dari situ barulah kita mampu merancang bagaimana  memenuhi kayu ukur tersebut. Dengan kita berjaya memenuhi kayu ukur tersebut secara tidak langsung ia akan menjawab objektif, sekaligus kita akan berjaya mencapai visi yang diletakkan. Semoga dalam apa jua apa yang ingin kita niat atau perjuangkan mempunyai arah tujuan yang jelas, hanyalah dengan kejelasan tujuan itu barulah kita dapat memaknai apa yang kita lakukan. Akhir kata latihlah diri kemampuan untuk berfikir, menyusun strategi dan menyelesaikan masalah.



Tuesday, 10 March 2015

Ottawa Charter. . . Public Health - subjek yang amat bersifat 'operational'

Sudah lama kaku dan terpendam


Rutin oh rutin, sibuk nya yang amat. . . 

Namun semuanya berbaloi. 
Jujur aku katakan, betapa sebenarnya sepanjang pengajian aku di sini semacam 'auto pilot'. Hadir ke kelas, pulang dan belajar, 'study' untuk exam, buat kerja khursus.

Lecture berganti lecture, seminar berganti seminar, klinik bersilih ganti. Namun hampir tiada atau terlalu sikit disentuh akan falsafah disebalik pengajian aku.

Sudah masuk tahun ke-empat, sudah hampir ke garisan penamat. Garisan yang akhirnya melayakkan aku membawa panggilan 'Doktor' di depan nama ku. Lamanya aku mencari kemanisan dan makna diluar bidang pengajian ku. Betapa aku terpegun dengan pengkajian falsafah ekonomi, falsafah pembinaan tamadun dan pelbagai lagi ilmu 'soft science'. . Betapa 'boring' aku rasa dengan subjek 'hardscience' terutamanya dalam bidang pengajian aku.

Namun segalanya berubah, setelah mendapat sedikit pencerahan akan falsafahdan perkembangan ilmu pengajianku, aku begitu terpegun. Jatuh cinta, seperti jatuh cinta pandang pertama. Betapa selama ini, ramai jika tidak semua kalangan pensyarah aku lebih memberi penekanan akan membacakan silibus kepada kami. Sekadar menekankan keperluan ilmu teori mahu pun klinikal. Begitu kurang ditekankan akan falsafah dan prinsip di sebalik setiap mata pelajaran. Mungkin juga kerana kurangnya aku memberikan perhatian dan bersikap sambil lewa.

Setelah mendapat pencerahan ini, aku ingin agar semua pensyarahku dapat mengupas dan mengajarkan aku akan falsafah dan prinsip di sebalik setiap mata pelajaranku. Supaya pensyarah ku bukan lagi mengajar tetapi dapat 'spark' keinginan untuk mendalami mata pelajaran itu, supaya mereka dapat menanamkan kemanisan dan melatih kami untuk bersikap ingin tahu. 
Well, mungkin keinginan aku itu sedikit ideal.

Isu nya mungkin lebih kurang serupa dengan isu Pentaksiran Berdasarkan Sekolah, sama seperti apabila guru yang sudah terlatih dengan sistem yang lama, bagaimana mungkin dapat membawa visi sistem baru. Namun bukanlah salah mereka secara total, teringat aku akan ' Ottawa Charter' yang aku pelajari dari kelas Dental Public Health.
Demi memastikan sebuah pembaharuan, ia memerlukan komponen 
- Pendidikan Masyarakat ( Develop Personal Skill)
- Pemerkasaan Masyarakat (Strengthen Community Action)
- Polisi yang baik (Building Healthy Public Policy)
- Persekitaran yang kondusif ( Creating Supportive Environment)
- Perubahan Paradigma (Reorient Health Service)



Serius aku terpegun, kena pula nature aku yang suka ilmu yang 'operational' di dalam masyarakat. Kena pula dengan sistem tarbiyah yang aku dapati dari usrah jemaah yang aku sertai. . Aku pasti, semua ini telah diatur oleh Yang Maha Mencipta. . .