Saturday, 2 May 2015

Manifesto Aku Kepada Generasi Penggoncang Dunia


Pencarian yang sekian lama sudah berbuah
Merentasi zaman serba kosong dan duka,
Meninggalkan zaman penuh celaka
Zaman tiada ku kenal alif, ba, ta


Girang hatiku
Manisnya ketemu
Para sahabat dan juga guru.
Dalam misi memugar wawasan budaya ilmu


Detik bermula perjalanan 
Tidak ku tahu ke mana pengakhirannya 
Namun kini, jelas apa tujuan hidupku
Jika dulu aku terlalu asyik dengan pengakhiran
Namun kini  ku sedar perjalanan itu jauh lebih mahal

Insaf, dan akur
Segalanya sudah siap teratur
Insaf sedar akan hakikat
Akan hikmah tuhan tiada terbatas mahupun terikat

Tiada lagi penyesalan diriku,
Akan perkara yang telah berlaku
Kerana ku sedar hakikat yang satu
Bahawa tuhan tiada mensiakan segala sesuatu


Misi khayrah ummah bermula dengan kebangkitan
Kebangkitan yang berpaksikan ilmu dan adab
Membina generasi baru dengan konsep taadib
Agar habis dibunuh penyakit biadab


Di taman ilmu dan budi, 
Aku bercita dan jatuh cinta
Akan aku pegang teguh misi pembangkitan ummat
Berjuang selama ruh terkandung dalam jasad,
Sehingga jelas misi Jujungan Besar,
Membawa rahmat keseluruhan Alam.


Ayuh anak muda yang mendambakan syurga
Jangan bertagak dan berdalih
Bulatkan tekad, nyalakan api semangat
Biar seluruh ummat manusia tahu,
Sudah sampai saf pemuda pengongcang dunia

~ S ~