Tuesday, 27 December 2016

Detik Itu

Rindu aku kepada detik itu,
Sudah berlalu dan sukar aku dapati kembali,
Detik indah,
Jiwa ku tenang,
Ilham bergolek datang,
Segala semua senang,

Kapan pula detik itu menjenguk kembali
Syahdu menyapa diri,
Sedar aku dalam terdesak,
Mencari kembali detik yang lalu,
Tangis mengisi segenap ruang,
Kerana detik itu mungkin tiada akan kembali.

Wahai jiwa
Ku pohon engkau tenteram,
Akan ada cahaya di balik mendung,
Nur yang melengkapi jiwa dan ragamu,
Yakinlah
Doalah
Moga benar kata pujangga,
Suatu hari sakinah itu menjadi realiti.