Ketenangan pagi tidak kunjung tiba,
Hampir tiada terlepas segenap sudut dari kekalutan,
Ombak yang beralun tenggelam, ditelan lautan manusia,
Bingit bunyi bot bersimpang-siur,
Sejauh mata memandang tempat teduhan,
Hilang direbut oleh khemah dan binaan.
Hampir sahaja hilang keaslian,
Damai sudah luput diganti dengan teduhan kepalsuan.
Plastik
Inilah himpitan kemajuan
Alam anugerah yang percuma ini sudah perlu berbayar
Ramai yang memilih untuk buta dari fakta,
Memilih untuk melihat yang baik-baik sahaja,
Aku memilih untuk melihat dengan sejujurnya,
Melihat tanpa prejudis, tidak memilih hanya yang cantik dan baik,
Mungkin itulah sebabnya
Ketenangan pagi bagi ku tidak kunjung tiba.