Thursday, 11 June 2015

Masih banyak yang perlu dilakukan

Terlalu banyak kerja yang masih perlu dilakukan..

Aku mengeluh seorang. Aku sedar keluhan itu tidak akan membawa sebarang hasil, biarlah cukup sekadar melepaskan keresahan sedikit.

Perkongsian semalam sangat berbekas.
Aku selama ini merasakan serba sedikit aku mulai belajar, tetapi banyak pelajaran aku itu yg melangit tetapi tidak membumi. Ya ia bermanfaat bagiku, tetapi oleh kerana aku terlalu cepat melangit. Aku terpisah atau "detached" dari kalangan yang sebaya dengan aku.

Akhirnya apabila aku meningkat usia, aku tidak dapat turun kepada adik-adik. Aku perlu memerah akal, bagaimana untuk menyesuaikan pengisian agar sesuai dengan kemampuan dan keperluan mereka. Oleh itu juga aku jadi keberatan untuk berkongsi apabila dijemput.

Sukar rupanya kemahiran mengenalpasti dan menyesuaikan laras bahasa dan pengisian mengikut "audience".
Sekarang aku lihat, berapa aku perlu menstrukturkan semula kefahaman asas aku. Membina semula kefahaman konseptual asas, membaca bacaan asas.

Aku perlu bersedia untuk menjadi 'Abang' untuk sentiasa bersedia berdepan dengan persoalan dan keperluan mereka, disamping mengembangkan ilmu aku dalam bidang " specialization" aku.

No comments:

Post a Comment