Thursday, 2 October 2014

Ulasan Dokumentari Filem - "Chasing Ice"

Ditulis oleh - Muhammad Syafiq bin Ramli, pelajar tahun 4 Kulliyyah of Dentistry

Sedikit 'take home message' dari dokumentari filem 'Chasing Ice'. .

Orang berkata 'Picture Worth a thousand words', itu lah tema utama yg dibawakan di dalam dokumentari filem - Chasing Ice.

Saya amat tertarik dengan kisah perjalanan danp perjuangan James Balog dalam mengetengahkan isu pemanasan global dan kesannya kepada pencairan dan pemecahan 'ice cap'.
Bagaimana beliau sebagai seorang ahli geologi yang amat mencintai fotografi, berbekalkan ilmu dan minatnya dia berusaha melakukan sesuatu di dalam isi ini.

Tulisan saya ini mungkin lebih bersifat ulasan daripada kupasan secara mendalam, maka saya suka untuk menyentuh beberapa konsep yg merupakan konsep2 yg sering kita dengar dan merupakan konsep fundamental di dalam ajaran Islam.

Di dalam dokumentari filem ini, James Balog sanggup bergolok gadai, menghabiskan masa, penat dan lelah demi memperjuangkan suatu idea. Iaitu membawakan gambar-gambar bukti jelas lagi bersuluh akan pencairan dan pemecahan ice cap, memberikan gambar-gambar yg akan memberi suatu tamparan kepada masyarakat akan realiti isu ini, yang akhirnya akan memobilisasikan masyarakat untuk bertindak  .

Berpegang kepada idea nya yang berpaksikan kepada kesedaran utk melakukan sesuatu, ditambah pula kepenatan dan kecewanya dunia akademik yang tenggelam dalam pendebatan samaada menerima atau menolak fenomena pemanasan global tanpa sebarang tindakan yang konklusif. Berbekalkan kesedaran akan amanah dan tanggungjawab sebagai seorang geologis, dia bergerak di atas kapasitinya sendiri dan menubuhkan sebuah kumpulan yg dinamakan Extreme Ice Survey (E.I.S) . Kumpulan ini berfungsi dalam membawa dan memenifestasikan ideanya.

Berbalik kpd konsep amal ma'ruf nahi mungkar bagaimana James Balog amat menjiwai konsep ini, seperti apa yg diperkatakan di dalam dokumentari filemnya " I want to be able to say to my choildren 25 to 30 years from now when they ask what have I done when global warming was happening . Guys, I was doing everything I knew how to do". . Pengajaran penting yg dapat diambil ialah bagaimana dengan berdasarkan minat, ilmu dan kemahiran sedia ada dan menggunakannya dalam mengajak kpd kebaikan dan melarang kpd keburukan. Seperti di dalam dokumentari filemnya, berbekalkan pengetahuan dan minat kpd fotografi dia telah menubuhkan E.I.S  Dia menggunakan segala kekuatan dan pengetahuannya untuk menjadi seorang advokasi dan memberi kesedaran orang ramai akan isu pemanasan global.

Seterusnya konsep semangat kepemudaan. Ya benar, walaupun James Balog berusia dan mula menunjukkan tanda-tanda umur tuanya namun jiwanya masih segar, semangat kepemudaannya masih membakar. Walaupun dia sudah melakukan pembedahan lutut buat kali kedua dan dinasihatkan doktornya untuk berhenti dari melakukan aktivitinya, dia tetap teguh dengan pendiriannya. . Iaitu memberikan kesedaran kpd ummat akan kesan langsung pemanasan global melalui fotografi. Berpegang kpd ideanya dia begitu bersungguh dan bermati-matian memperjuangkannya. Saya mengkagumi semangat (hamasah) beliau. Ini lah semangat yg sy rasa perlu ditiupkan semula di dalam jiwa ramai graduan dan mahasiswa kita. .

Begitu ramai yg tewas dan akhirnya hanyut dalam badai realiti hidup dan tidak kurang juga yang tidak mempunyai idea yang diperjuangkan langsung . Ramai yang akhirnya tunduk kpd cabaran kesukaran, tewas dan tenggelam. Antara punca kehilang idea dan semangat perjuangan adalah kerana kekecewaan di dalam percintaan,  ada juga yg kecewa kerana hidup dalam suasana masyarakat yg serba mengkritik dan memperlekehkan,  ada juga kerana serik dgn kegagalan. . Apa-apa pun sebab amat sedih apabila seorang yang 'idealist' akhirnya berubah langsung menjadi seorang 'realist pessimist'.

Bagi saya dokumentari filem ini bagus ditonton bagi mencetuskan semula semangat dan idea kepemudaan. Harus dicari semula idea yang hilang itu, berjuang ke arah suatu tujuan. Bangkitlah lakukan anjakan paradigma diri dari menjadi seorang realist yg pessimist kpd seorang realist optimist yg berpegang kpd sebuah idea. . Namun pun begitu, haruslah semangat dan idea itu dipegang oleh kerangka pemikiran dan ilmu yang benar. .

Konsep yg ketiga yg terakhir yg sy ingin kupas ialah konsep berpegang kpd ilmu yg asas. Seperti apa yang kita tontoni di dalam dokumentari ini, kita dapat lihat betapa dunia sains bertelagah akan apakah pemanasan global itu benar-benar berlaku, sedangkan masalah itu jelas berlaku. Oleh kerana dunia sains sibuk dalam perdebatan, mereka akhirnya terlepas pandang dan seolah-olah tiada sebarang usaha menangani isu ini. Jika ada pum usaha itu hanyalah dalam skala yang kecil.

Berbalik kepada konsep yang ketiga ini, adalah tidak salah untuk kita menjadi pengkaji, berdebat dan mencari kebenaran.  Namun haruslah kita insaf dan sedar untuk tidak  terjerumus dalam dunia perbincangan serba kekhilafan. Carilah semula titik keberadaan kita, di mana kita berpijak dan apa peranan kita. Bukan apa, kadang-kadang jika kita terlalu asyik dalam dunia perbincangan sebegini, akhirnya kita tiada berbuat apa-apa . Namun tidaklah saya bermaksud dan menganjurkan seseorang itu, terus-menurus bertindak tanpa sebarang pengkajian. Haruslah sesuatu tindakan dimulai dengan ilmu akan sesuatu.

Akhir kata saya mengajak agar sahabat-sahabat sekalian cuba menghayati dan mengaplikasikan tiga konsep ini dalam kehidupan kita.

Friday, 15 August 2014

Selesai Ziarah, So What's Next??

Alhamdulillah selesai program ziarah sahabat-sahabat ke Pulau Pinang dan rumahku. . Sungguh pengalaman menjadi tuan rumah ini amat beharga, lebih-lebih lagi bagi seorang yang kurang berjalan keluar rumah. Memang tidak dinafikan penat itu ada, namun aku gembira.




Syukur sebuah tugasan sudah selesai, sekarang ini masanya untuk aku menyusun semula keutamaan ku dan melangsaikan tugasan apa yang termampu sebelum program percutian ke Australia.
Serius cuak dan gerun selepas aku menulis semula 'check list' tugasan yang belum selesai..
Fuuh, dahsyat . .

Belum masuk senarai buku yang aku perlu baca dan hadam. . Buku-buku yang aku pinjam dari senior2 dan juga buku2 tangkapan dari Chowrasta.
(Buku tangkapan di Chowrasta)

(Buku pinjaman dari senior2)

Sungguh, banyak gila benda yang masih tertangguh. . X pa satu persatu, jangan kalut. . Sekarang ni pun tengah buat kupasan sebuah buku lain yang aku dah habis baca dulu untuk sesi Biblophilia bermula semester depan.

Apa-apa pun aku bersyukur kerana ada 'something worth fighting for', ada tujuan. . Sekurang-kurangnya masa aku terisi lah berbanding dahulu yang hanya lagha dengan 'game' dan 'tv'.

Aku ada perancangan ingin menulis semula input-input yang aku dapat semasa belajar dengan beberapa orang senior pada Ramadhan yang lepas, namun sehingga sekarang masih belum sempat. Di tambah pula dengan 'distractions' yang pelbagai. .

Satu perkara yang aku sedar ialah aku lebih produktif, berfokus dan komited apabila aku keluar dari 'Comfort Zone' aku dalam kes sekarang ialah bercuti di rumah. . Fenomena ini sering menghantuiku namun baru sekarang ia 'click', baru sekarang aku nampak solusi kepada masalah tidak produktif, tidak fokus dan komited ketika waktu cuti di rumah. .
Jika dahulu aku semacam membenci musim cuti di rumah dan seboleh-bolehnya aku tidak mahu balik ke rumah kerana aku tahu bila aku balik sahaja bercuti di rumah maka berakhirlah sudah produktiviti aku. Aku akan terus mandom..
Namun setelah refleksi dan perbincangan bersama ibu ku aku tersedar akan sebuah realiti. Sebuah paradigma yang baru. . Aku tidak perlu lagi menyimpan perasaan membenci musim cuti di rumah, sebaliknya aku menyukainya??
Bagaimana???
Mudah sahaja, aku baru sedar punca produktiviti, fokus dan komitmen aku hadir apabila aku berada di luar 'Comfort Zone'. Berbekalkan kefahaman ini apa yang perlu aku lakukan hanyalah mewujudkan keadaan di rumah di mana aku berada di luar ' Comfort Zone'. Sebagai contoh, aku perlu mencari ruang di mana aku boleh bekerja dan menjadi produktif samaada ruang itu berada di dalam mahupun luar rumah ku.
Jika aku merasakan aku tidak mampu melakukan kerja di rumah, aku perlu pergi ke perpustakaan di luar atau di kedai-kedai makan yang menyediakan ruang untuk aku bekerja.

Mungkin ada dikalangan pembaca yang melabelkan aku seorang 'workaholic', jauh sekali. Aku bukan lah seorang yang ketagih kepada kerja. Sudah lama aku sedar fenomena diri aku yang tidak boleh berhenti dari mengisi kepala ku dengan sesuatu yang baru, berhenti dari berfikir dan melakukan sesuautu. Pernah aku terbaca ciri-ciri yang aku sedang lalui ini dari buku tulisan Stephen R. Covey, yang menyebabkan beberapa konflik di dalam diri ku. . Aku tidak mahu menjadi seorang 'Achievement Centred Person' tetapi 'Principle Centred Person'. Namun melalui perbincangan dengan seorang senior aku di Hulu Langat ketika Ramadhan yang lepas. Aku memahami sebuah konsep yang baru iaitu 'The tyranny of 'OR', and The wisdom of 'AND' '. Pada detik itu barulah aku tersedar bahawa aku boleh menjadi seorang 'Achievement Centred Person' dan juga 'Principle Centred Person'.

Senior itu juga ada memberitahu kepada ku memang ada individu yang menjadikan idea-idea, ilmu dan kemahiran yang baru sebagai makanannya. Dan tidak salah jika orang ini seperti tidak boleh berhenti dari membuat sesuatu, kerana bagi orang ini dia akan rasa serba bersalah dan kekosongan apabila masanya berlalu tanpa dia mengisinya dengan sesuatu yang bermanfaat.

Bila bercakap tentang individu yang  menjadikan idea-idea, ilmu dan kemahiran yang baru sebagai makanannya mengingatkan aku kepada watak Sylar dari 'Heroes'. Heheheh kalau dalam contoh yang lebih ekstreme aku ni boleh kata macam Sylar jugak la. .


Sekian. . .


Tuesday, 8 July 2014

Azwan - episode 00




" fa bi ayyi ala i rabbikuma tukazziban"
" Maka yang mana satu nikmat tuhan kamu yang hendak kamu dustakan"

Begitu lah suatu persoalan Yang Maha Esa beserta sindiran ke atas golongan Manusia dan Jin. 

Sepi dan syahdu terasa di hati pabila mendengar ayat ini. Mata ku mula bergenang dengan air mata memikirkan segala nikmat-nikmat yang selama ini aku "take for granted". Betapa aku kurang bersyukur dan selalu lupa akan Yang Maha Pencipta.

Laptop di sebelah sedang terus memainkan movie yang aku sedang tonton tadi,  kini telah di' mute' kan. Sejak dari tadi aku sedang mengelamun sendirian memikirkan apakah perasaan kosong yang wujud di dalam hati aku.

Sudah lama aku merasainya dan ada kadang-kadang ketika aku ingat kepada-Nya, kekosongan ini  terasa sedikit terubat dan terisi. Aku sebenarnya rindu dengan perasaan hati yang tenang lagi gembira. 

Berita pertunangan Si Dia dengan salah seorang sahabatku adalah suatu kenyataan yang perit lagi memilukan. Sejak dua minggu yang lepas diriku semakin tidak terurus segala perkerjaan tertangguh, ada seketika aku ponteng terus kelas. Ada beberapa sahabat-sahabat yang lain datang untuk bertanyakan khabar, ingin membantu aku. Ingin mencari punca perubahan diri aku yang mendadak sejak 2 minggu yang lepas.. 
Kosong, aku sebenarnya tidak mampu berkata-kata. Bukan aku ingin menolak pertolongan sahabat-sahabat yang ikhlas prihatin akan aku, cuma aku tidak tahu bagaimana untuk menceritakan, untuk mereka membantu aku.

Ya Naqib usrahku berpesan untuk bersabar dan redha. Aku tahu itu, namun batin ku berteriakkan memberontak. Aku sedih bercampur geram betapa sahabat aku sendiri seolah-olah mengkhianati aku.

Azan asar sudah lama berkumandang namun aku masih duduk di meja belajar aku. . Ya Allah berikanlah aku kekuatan. 




Saturday, 21 June 2014

1. Tujuan Hidup

Tulisan ini merupakan sebuah tulisan berbentuk nasihat atau bimbingan untuk adik-adik saya dan juga sesiapa sahaja yang dapat memanfaatkanya.

Dalam hidup ini kita perlu tahu tujuan dan tanggungjawab kita sebagai hamba Allah iaitu secara umumnya amanah sebagai khalifah di muka bumi dan juga untuk beribadah kepadanya. Apabila kita faham dua tujuan asas ini, maka perlu kita fahami pula perkara asas kepada dua tanggungjawab ini.

Kita sering faham khalifah itu bermakna sebagai pentadbir atau pengurus semata-mata. Jangan menyempitkan definisi khalifah kepada sekadar itu sahaja kerana ia seolah-olah memberi gambaran bahawa kita mempunyai hak mutlak menguruskan bumi mengikut apa yang kita rasa betul.

Benar kita dikurniakan aqal sebagai suatu alat untuk berfikir dan membuat pertimbangan, namun ia haruslah dipandu oleh syariat dan bukannya nafsu . Kita perlu faham hak sebagai khalifah itu disertakan dengan prinsip dan syarat. Jika kita melanggar prinsip dan syarat ini maka secara automatis hak itu akan hilang.



“Aku tidak menjadikan Jin dan Manusia melainkan untuk beribadah kepadaKu” (Q.S. 51:56)

Perlu kita faham Ibadah ini terbahagi kepada dua iaitu ibadah khusus dan umum. Ibadah khusus melibatkan  ibadah yang disyariatkan secara penuh seperti solat, puasa, zakat. Dalam bab ini harus kita fahama dan berpegang kepada apa yang telah ulama dahulu sepakati dan setuju dan janganlah terbawa-bawa dengan innovasi-innovasi (bid’ah). 

Namun haruslah kita jangan bersikap keras sebaliknya bersikap terbuka dan berdialog apabila kita melihat perkara-perkara innovasi ( bid’ah) ini. Kerana larangan bersifat keras, berhujah sehabis-habisan tidak membawa kebaikan hanya luka, masam muka dan perpecahan. Jangan memaksa dan membiarkan diri dipaksa.
Berpegang kepada asas dan janganlah tenggelam dalam perbincangan khilaf kerana akhirnya apabila kita bukan orang yang ahli (orang yang arif dalam sesuatu bidang) maka ia tidak membawa apa-apa manfaat. Berpegang kepada prinsip ‘Seek to Understand’ / ‘Cuba Memahami’ dan lebihkan bertanya “Apakah yang kamu maksudkan?” daripada membuat ‘assumptions’ sendiri.

Pada kala ini pun abang sebenarnya masih lemah dan masih lagi belajar.
Ibadah umum pula merupakan semua bentuk rutin dan aktivti umum manusia yang membawa kebaikan selagi mana kita berniat kerana Allah. Dalam bab ini kita perlu jelas bahawa pintu ijtihad sentiasa terbuka dan segalanya masih dalam ruang lingkup penghujahan. Namun tidaklah abang memaksudkan bahawa kita perlu merungkai dan mempersoalkan segala sesuatu yang timbul.

Disini perlu kita berpegang kepada sifat kritis dan beradab. Perlu juga kita faham kepentingan mengambil kira konteks masyarakat, masa, tempat sesuatu itu dan tidak memukul secara sama rata dan merasakan apa yang kita rasa betul mesti jua betul untuk orang lain.
Moga di masa depan abang dapat mengulas pula cara-cara bertindak berdasarkan prinsip.


‘Akhir kata – I am just human and not infallible. I can make mistakes, but do not condemn or judge me. Insteaqd approach and advice my with hikmah’

Wednesday, 7 May 2014

Hoi Pemuda!!

Hoi Pemuda, Apakah akalmu telah terkurung,
Di cantas mandirinya,
Di potong kakinya dan diberi tongkat,

Hoi pemuda apakah engkau tiada jati diri,
Tiada kemampuan berfikir,
Menelan segala apa yang diberikan.

Sedarlah!
Gunakan akal yang telah Tuhan kurniakan

Sedarlah!
Bahawa dunia ini sungguh luas ilmunya

Tapi, janganlah engkau melepasi batasan dalam berfikir.
Kerana, dalam kebebasan itu juga ada batasnya
Kerana itulah fitrah kejadiaan...

Betapa hujan itu rahmat,
Namun pabila ia tiada batasnya maka ia membawa mudharat.
Maka tengelamlah seluruh dunia ini.
Tengelamlah jika ia melanggar fitrahnya.

Hoi Pemuda,
Di sini ingin aku binkiskan nasihat,
Moga engkau mendapat manfaat,
Berkelanalah, berkembaralah,
Kembara mencari kebebasan berfikir,
Tetapi pasti kembara itu berbekalkan ilmu dan panduan,
Pergi dan bertebaranlah,
Biar melata ke seluruh pelosok dunia...


Realiti Pendidikan Negara.

Realiti Pendidikan Negara.

Usai kepenatan membeli barang keperluan dari 'Aeon Big', aku mencari tempat duduk untuk melabuhkan pinggul.
Aku pun duduk, membuka plastik mencari roti sosej yang dibeli sebentar tadi. Mencapai roti dan menyuapkan roti sosej tersebut ke mulut.
Mataku memandang jauh, melepasi orang yang datang dan berlalu.  Fikiran melayang memikirkan buku 'Islam dan Melayu' yang dicari namun sudah kehabisan stok di kedai buku 1 Malaysia sebentar tadi. Akhirnya aku membeli novel 'Nuasa Cita oleh Mohd Fadzil Yusof'. Entah apa yang menarik aku yang secara tiba-tiba membeli buku novel ini, apatah lagi aku bukanlah seorang yang kuat membaca novel. Mungkin apa yang menarik aku untuk membeli buku novel ini, adalah kerana aku terjumpa istilah 'weltanschaung'  yang membawa maksud pandangan alam yang digunakan ketika sedang membelek-belek novel ini. Ada juga nama besar seperti Syed Hussein Alatas yang aku jumpai ketika menyelak-nyelak novel ini dengan laju.

Tanpa berlengah aku mencapai buku novel itu dan membuka helaian yang pertama dan membacanya. Bermula dari detik itu aku bagaikan diserap masuk ke sebuah dunia lain yang indah.
Aku sangat suka akan perasaan ini, iaitu perasaan seseorang yang berada di dunia lain di tengah-tengah kekalutan orang ramai. Dunia di mana aku seorang sahaja yang ada, tenang tanpa risau apa orang kata. Inilah dunia buku, fana' dalam dunia yang serba indah. Sebuah dunia yang jika boleh aku ingin setiap rakan-rakan ku merasainya namun tidak ramai yang mahu atas alasan tidak minat membaca. Mungkin mereka berkata sedemikian  kerana mereka tidak pernah rasa manisnya dunia ini, alahai ruginya mereka.

Sedang aku meneliti baris-baris ayat di dalam novel itu tiba-tiba ada suatu suara yang menyapa aku.
Aku melihat muka akan sumber suara itu.
"Ada orang ka?" soal seorang lelaki Tiong Hua yang kira-kira berumur 50-an
" Tak ada, duduk duduk" jawabku sambil mempersilakan dia duduk
Aku menyambung pembacaanku lagi, namun tergangu oleh pernyataan lelaki Tiong Hua itu.
" Sikit punya besar itu TV" kata lelaki itu merujukkan kepada tv yang disorong di dalam troli menunggu giliran masuk ke lif
" Ya, memang besar" jawabku dengan sedikit ketawa
" 56 inch ada" sambungnya lagi
" Hmm, mana uncle tau? Rumah ada satu?"
Uncle itu hanya mengangguk, "Lebih kurang serupa, tapi tak ingat brand"
Aku hanya mengangguk, tidak tahu bagaimana untuk meneruskan perbualan.
" Uncle asal mana?" soalku
" Ampang sana" jawab uncle
" Eh, jauh mari kuantan. Ada apa mari sini?" soal ku kerana ingin tahu dengan lebih lanjut
" Saja mau jalan-jalan, shopping" jawab uncle dengan selamba
" Eh, jauh meh" aku berkata-kata meniru lenggok bahasa orang cina.
" Tak da lah, tiga jam saja kalau drive. Itu pun uncle drive perlahan-lahan stop rehat semua jadi lima jam" sambung uncle dengan panjang lebar
" Siapa datang sekali dengan uncle" soal aku lagi kerana ingin tahu lebih lanjut
" Isteri ada sekali, anak semua sudah besar , sudah ada cucu sorang" jawab uncle dengan penuh seronok.
" Owh, sudah umur berapa uncle? " soal ku lagi
" Ini tahun masuk 55 tahun" jawab uncle itu dengan senyuman
Benar aku tidak tahu bagaimana dari perbualan yang tidak disangka ini, uncle ini boleh menceritakan perihal keluarganya kepada seorang yang tiada dikenalinya langsung.
" Uncle ada kerja lagi ka? Ka sudah pencen" aku menyoal dengan lebih dalam dan pada ketika itu keinginan ku tadi yang ingin membca buku itu sudah beralih untuk berkenalan dengan lebih dalam dengan uncle ini.
" Sudah lama berhenti, uncle tolong-tolong isteri saja jaga pusat tuisyen" jawab uncle sambil mengangguk-angguk
"Maca mana bisnes? Bukan sekarang sudah tak ada PMR ka?" aku cuba mengorek samada pusat tuisyen itu menghadapi sedikit tamparan dek perubahan polisi pendidikan negara
" Hmm, ok la. . Tuisyen pun ada musim . Ada masa ramai, ada masa kurang " uncle cuba memberikan penjelasan
" Kira ok la, kalau ada lagi yang mau tuisyen" jawab ku
" Tapi ini sekarang banyak pening, kejap-kejap tukar" uncle ini bercerita dengan penuh emosi " asai menteri tukar saja, mau kasi tukar"
Aku hanya mengangguk tanda setuju.
" Ini hari ini macam, esuk itu macam, lusa ini macam pulak" sambil membolak balikan tangannya sambil menggeleng kepalanya
" Itu pasai la, cikgu pun pening wo" aku mengiyakan kata-kata uncle
" Itu dulu cikgu punya tugas mengajar, ini sekarang cikgu pening ikut itu kementerian punya ubah-ubah" sambung uncle lagi sambil menggelengkan kepala lagi.
" Itu patutnya menteri datang mai mengajar tengok, cuba buat dulu . . Kalau berjaya baru kasi cikgu ikut"
Benar inilah realiti yang dihadapi oleh negara kita sekarang,  perubahan polisi itu berlaku terlalu cepat. Sepatutnya sebarang rombakan kepada sistem pendidikan sedia ada haruslah dilalui fasa-fasa pengkajian yang menyeluruh pada skala kecil-kecilan. Perlu ada 'test pilot' untuk melihat keberkesanan, kelemahan sistem baru yang ingin diterapkan. Perlu ada pengumpukan 'facts and figures' dan bukannya berasaskan agak-agakan, dan hanya selepas sebuah sistem itu benar-benar teruji dan segala kelemahan-kelemahan pada skala kecil itu diselesaikan barulah ia dijalankan pada peringkat nasional.

"Itu menteri pergi sana sini, tengok negara luar punya sistem. Lepas balik tau tiru-tiru saja. Mana boleh" uncle berkata dalam nada marah bercampur kecewa.
" Itu negara bejaya pasai apa? " soal uncle kepada ku lagi
Aku sedikit buntu memahami soalan yang ditujukan kepadaku agar dapat aku fikirkan jawapan yang sesuai.
" Itu negara luar punya sistem depa buat ikut cara sana la kan. Mana ikut suka-suka tiru" aku menjawab berdasarkan kefahaman yang sedikit yang aku peroleh ketika berbincang di sesi usrah yang lepas tentang hala tuju pendidikan malaysia.
" Betui, tengok jepun korea semua itu maju. Pasai apa?" uncle bertanyakan soalan retorik sebelum menjawabnya sendiri " Pasai model pendidikan sana ikut itu matlamat dan cara sana la, mana ada tiru-tiru"
" Betui, betui" aku mengiyakan lagi apa yang diperkatakan oleh uncle ini.
Tidak lama selepas itu isterinya menyusul dan uncle itu meminta diri. Aku bersalaman dengannya. Dia tersenyum, aku pun tersenyum.

Sesudah uncle itu beredar baru aku sedar sepanjang perbualan kami tadi, tiada kami tahu nama masing-masing.
Terfikir juga aku apa yang diperkatakan oleh uncle tadi lebih kurang sama maksudnya dengan apa diperkatakan oleh Dr Tariq Ramadhan dalam sebuah syarahan bersiri CILE yang bertajuk 'Education Ethics and Goals'.

Betapa kita ini terlalu teruja dengan pencapaian negara lain, sehinggakan kita meniru bulat-bulat apa yang dilakukan mereka. Terutamanya bila ada menteri-menteri yang keluar melancong atau melakukan lawatan rasmi, terlalu cepat mereka mengambil ilham akan polisi sesebuah negara dan ingin melaksanakannya di Malaysia. Benar niat mereka itu tidak dinafikan ada kebaikan, kerana mereka ingin Malaysia maju setaraf atau lebih baik lagi.
Namun pada hakikatnya mereka terlupa memikirkan, adakah apa yang dilakukan di luar sana apabila dilaksanakan disini akan memberi kesannya positif yang sama seperti yang di inginkan.
Di sini perlunya kita insaf dan sedar bahawa segala apa yang ingin kita lakukan hendaklah berdasarkan realiti atau waqi' sesebuah negara atau masyarakat. Mungkin ilmu penilaian sebeginilah yang perlu diterapkan kepada setiap para pentadbir dan pembuat polisi negara.
Itulah yang menghairankan aku, bagaimana seorang lelaki Tiong Hua yang bukan seorang yang memegang jawatan-jawatan besar dalam kerajaan boleh meliihat dan memahami akan perkara ini. Apakah perkara ini tidak dapat dilihat oleh 'The Decision Makers' negara kita. Di benak ku aku berbaik sangka, mungkin adakalanya perkara ini terlepas dari pandangan mereka.

Berbalik kepada polisi pendidikan, aku sangat bersetuju dengan apa yang diperkatakan oleh Dr Tariq Ramadhan dalam syarahan yang sama.
" . . . .  Very oftern we are duplicating the model but not asking about the substance and this is where I think we are  facing a problem . ."
" . . . . But I think that when it comes to education, we have to be much more specific. All this is good and is right. We have the main principles but when it comes to dealing with our society, we are dealing with complex knowledges and very complex areas. We need to understand what we are teaching and what do we want to achieve in all these fields. So we have to be much more specific .  . ."
" I think once again we can import the know how, we can import the models. I think that our main contribution today to should be to question the substance and to question the objectives"
Ya akhirnya ia berbalik kepada apa sebenarnya hala tuju yang ingin kita garapkan, dan hala tuju ini akhirnya akan berbalik kepada perbincangan akan falsafah pendidikan negara.

Sunday, 5 January 2014

Tegurlah dan berpesan-pesanlah kepadaku dengan hikmah, dengan kesabaran dan kebenaran..

Aku sedar aku tidak sempurna, penuh dengan cacat cela. Namun aku bersyukur kerana dilahirkan dalam keadaan yang sempurna nikmat. Nikmat deria, nikmat kesihatan, nikmat akal dan nimmat Islam. 
Aku sedar segala ujian yang datang ini tidak lain tidak bukan untuk aku belajar. Belajar untuk menyempurnakan nikmat yang telah diberikan. Aku tahu masih banyak kurangnya aku, aku tidak malu mengaku dan membuat kesilapan. Aku juga tidak malu untuk memohon maaf atas salah silap aku. Tegurlah aku jika ada aku ada membuat salah silap. Tegurlah dan berpesan-pesanlah kepadaku dengan hikmah, dengan kesabaran dan kebenaran..


Aku tahu boleh jadi selepas selesainya aku menulis ini akan datang ujian demi ujian dari tuhan, aku redha dan aku berdoa agar lulus dalam ujiannya. Jika tidak aku berdoa agar ditunjukkan jawapan supaya aku belajar dari kegagalan. . Aku tidak mahu jadi pengecut yang hanya berpeluk tubuh dan tidak mahu di uji kemudian bangga diri kerana tidak pernah gagal dalam ujian tuhan. . 

Aku tidak mahu jadi bodoh sombong, biarlah aku merendah diri kerana aku faham sebuah hakikat. Betapa di waktu hujan air yang paling banyak bertakung dan berkumpul adalah di tempat yang paling bawah. Ya engkau cakap itu berlaku sebab graviti, aku mahu tanya semula graviti itu tidak tertakluk kepada undang-undang yang diciptakan tuhan ka?

Saturday, 4 January 2014

BIBLOPHILIA 3 - Ulasan 'The One Minute Manager' dan 'More Than A Minute' - edited n finalize


Di masa kini dunia berputar begitu pantas, manusia terlalu taksub dengan Idea sesuatu it perlu pantas, pengeluaran mestilah yang tertinggi, sesuatu itu perlu ekonomik dan berkualiti. Ya benar tidak ada salahnya begitu namun itu lah hakikatnya 'Worldview' yang berpaksikan Material dan Kapitalist. Pembangunan 'Good Citizen' diutamakan daripada pembangunan 'Good Person'

Bila bercakap berkenaan pembangunan tidak boleh lari dari bercakap mengenai "Management". Jika di lihat begitu banyak buku-buku yang ditulis membincangkan teori-teori 'Management' dalam pelbagai konteks. Jika ingin di telaah segala tulisan-tulisan ini maka tidak akan berkesudah kiranya tanpa sebarang gerak kerja. Namun di sini tidaklah dimaksudkan tidak boleh dibaca namun haruslah pembacaan itu sedikit selektif. Berbalik kepada tujuan asal penulisan ulasan ini adalah sedikit sebanyak merumuskan sesi bedah buku dua buku management yang begitu menarik iaitu 'The One Minute Manager' dan 'More Than A Minute'

Sebelum kita selami kandungan-kandungan buku ini adalah lebih baik kita membincangkan perkara asas yang menjadi cabaran-cabaran dalam 'Management' sebuah organisasi atau persatuan. Antara cabaran-cabaran yang utama ialah tiada matlamat yang jelas, ketandusan pemimpin untuk memimpin, dan kelemahan dalam mengenal pasti kelemahan dan strategi mengatasinya.

Pada masa kini, sudah pastinya ramai yang sudah faham benar akan konsep "Goal Setting", istilah seperti Vision, Mission bukanlah satu istilah yang asing. Namun sebenarnya masih banyak persatuan atau gerakan yang tidak jelas akan misi dan visi yang ingin dibawa, akhirnya banyaklah aktiviti-aktiviti yang dilakukan hanyalah sekadar sekadar aktiviti-aktiviti tanpa membawa dan memperkasakan visi dan misi yang dibawa. Banyak aktiviti tetapi semuanya aktiviti 'picisan' dan ada pula yang setakat berhenti kepada 'aktiviti rutin'.

Mungkin juga ia bukanlah salah secara total persatuan-persatuan tetapi salah "Leader" atau orang yang menerajui persatuan-persatuan ini. Melalui pengamatan saya adalah sukar mencari "Leader" yang holistik iaitu leader yang berkebolehan untuk "Manage" dan " Lead". Ada yang sekadar hebat bicaranya namun tidak mampu bekerja, ada yang hebat atur kerjanya namun tidak mampu memimpin. Pokoknya disini janganlah tersilap melantik seorang "Manager" untuk 'Lead' sesebuah organisasi.

Persoalan yang paling besar dan utama, apakah "Leader" lahir atau adakah dilahirkan. Mungkin jawapan ini dapat dijawab secara tidak langsung oleh John C Maxwell dalam bukunya 5 level of Leadership.
Mungkin ada yang kurang bersetuju dengan klasifikasi "Leader" dalam kerangka yang diutarakan oleh beliau, namun bagi saya secara umumnya pengamatannya saya kira tepat.

Bila bercakap berkenaan 5 level of leadership, tidak boleh tidak saya kupaskan secara ringkas apa yang di maksudkan dengan 5 peringkat kepimpinan.
Peringkat yang pertama dan yang paling bawah ialah pemimpin yang bersifat posisi semata-mata yang mana orang hanya mengikutnya kerana dia seorang bos. Jawatannya sahaja yang membolehkan dia melakukan dan mengarahkan orang untuk melakukan sesuatu dan jika di takdirkan dia jatuh maka tiadalah orang yang akan mendengar kata-katanya.
Peringkat yang kedua pula pemimpin yang diikuti kerana dia disukai. Jika dilihat ada dari kalangan kawan-kawan kita ada karisma, di mana dia mempunyai daya tarikan yang mana suaranya akan di dengari dan mempunyai pengaruh.
Peringkat yang ketiga membincangkan berkenaan seorang pemimpin yang diikuti dan dihormati kerana mempunyai track record yang baik sebagai pemimpin. Pemimpin peringkat ketiga ini dipercayai dan di angkat kerana mempunyai kebolehan dan kemahiran di samping mempunyai daya tarikan atau karisma.
Peringkat yang keempat dan ialah pemimpin yang unggul di mana bukan sahaja dia boleh memimpin tetapi dia boleh mendidik dan membentuk pelapis-pelapis pemimpin yang lain. 
Pemimpin tahap kelima dan yang terulung hanyalah akan tercapai apabila seorang pemimpin ini akan sentiasa membentuk pelapis pemimpin-pemimpin yang lain dan dia bersama-sama mengangkat kumpulannya bersama. Akhirnya pemimpin ini akan di angkat sendiri oleh pelapis-pelapisnya yang di bentuk olehnya. 

Jika dilihat pemimpin-peminpin masa kini sangat sedikit atau tiada pemimpin yang mencapai Pemimpin peringkat ke-4 yang dimaksudkan John C Maxwell. Mungkin agak klise namun rasa-rasanya hanya seorang pemimpin yang mencapai peringkat kelima ini hanyalah Khatimul Anbiya iaitu Muhammad bin Abdullah.

Maaf  mungkin agak tersasar sedikit dari kupasan buku 'The One Minute Manager' dan 'More Than A Minute'  namun tidak boleh untuk tidak saya kupas tentang siapa itu " Leader"
Baiklah berbalik kepada rumusan perbincangan 2 buku ini, secara asasnya kedua-dua buku ini dapat di ringkaskan ke dalam 4 bab yang besar iaitu 'Goal Setting' , Development of High Performance Culture, Positive Feedback, Leveraging and Learning.

Dalam bab yang pertama berkenaan 'Goal Setting' kedua-dua buku ini mengulas akan perkara asas yang sama namun dalam sudut pandangan yang sedikit berbeza.
Di dalam TOMM dibincangkan secara meluas akan perlunya 'Job Description' sebagai penjelasan dan perincian akan skop dan tanggungjawab seseorang. Dengan mempunyai 'Job Description' setiap individu di dalam organisasi tahu akan apa yang akan di soal dan dipertanggungjawabkan. Manakala di dalam MOTAM pula mengulas 'Goal Setting' itu sebagai 'Strategic Planning' iaitu perlunya sesuatu organisasi dan individu mempunyai hala tujuan dan melihat sesuatu perkara dalam kaca mata yang luas. Perkara seperti apa, bagaimana dan kenapa perlu diperjelaskan sehingga difahami oleh segenap ahli di dalam organisasi itu.

Untuk mengulaskan apa itu "Strategic Planning" saya rasakan adalah memadai sekadar analisis berdasarkan prinsip S.W.O.T iaitu 
Stregth, Weakness, Oppourtunity and Threats yang akhirnya digunakan sebagai 'framework' meletakkan target dan goal. 

Bab seterusnya iaitu 'Development of High Performance Culture' secara rumusannya bercakap berkenaan bagaiman satu Rutin akan menjadi satu Habbit dan akhirnya menjadi satu Budaya. Bagaimana budaya itu boleh di ' Learned' dan 'Unlearned'. Bermakna budaya yang positif itu boleh di pelajari dan budaya yang negatif itu boleh dibuang.  Prinsip yang sama semula dapat di guna pakai iaitu sebelum mencipta budaya yang berdaya tinggi perlunya untuk di perincikan apa budaya yang kita mahukan. Dari situ kita membentuk dan menanamkan budaya itu, kemudian kita perlu melihat semula dan mencari 'blindspot' atau kekurangan budaya sebentar tadi.
Untuk memahami bagaimana kita melihat semula dan menimbal baik buruk budaya marilah kita melihat bab yang seterusnya iaitu Positive Feedback. 

Feedback ini haruslah mempunyai sumber iaitu 'Facts and Figures' dan bukan melalui apa yang di 'Rasai' betul. Ini disandarkan kepada hakikat bahawa apa yang di'Rasa'kan itu adalah subjektif dan belum tentu tepat dengan hakikat sesuatu. Di sarankan juga betapa seorang leader dan manager mengubah paradigma dari 'Mencari Apa Yang Untuk di Kritik' kepada   'Mencari Apa Yang Untuk Dipuji'. Di sebutkan juga suatu konsep yang menarik  iaitu satu 'Isu' itu tanpa sebarang penyelesaian hanyalah satu 'Complaint'. Satu 'Isu' itu hanyalah menjadi satu 'Problem' apabila ia disertakan bersama penyelesaiannya.

Akhir sekali dibincangkan di dalam bab 'Leveraging and Learning' bahawa sesuatu apa pun proses pembelajaran tidak pernah berhenti dan muhasabah dan pembaikan diri adalah satu proses bukan satu tahap. Apa yang di maksudkan ialah 'Self Development and Improvement' ada secara berterusan dan tidak boleh berhenti atau statik. Tidak keterlaluan juga untuk mengatakan bahawa proses 'Self Development and Improvement' sebagai satu Jihad dalam meng'Islah'kan diri.

Akhir kata, catatan ini hanyalah sebagai ringkasan dari kupasan 2 buku yang besar ini. Sebenarnya jika dilihat buku ini bukanlah ditulis oleh penulis yang sama dan bukan juga ditulis pada tempoh yang sama, walaupun begitu denyut buku ini lebih kurang sama walaupun intonasinya erbeza. Maka untuk mendapatkan manfaat dan kefahaman yang lebih tepat di sarankan untuk membaca sendiri 2 buku ini.