Apabila aku terbaca kisah bagaimana Okubo Toshimichi menjadi antara watak dalam "Meiji Restoration".
Aku kagum, bagaimana ada watak samurai yang ingin melakukan perubahan institusi politik dan ekonomi tanpa sebarang kepentingan peribadi.
Bagaiman bermula dengan " Meiji Restoration" sejarah Jepun berubah sama sekali, dari sebuah masyarakat feudal kepada masyarakat yang lebih adil dan inklusif.
Aku melihat keperluan untuk khazanah sejarah dikaji. Di mana watak-watak pemimpin bangsa Melayu yang berintegriti dan berwawasan di tonjolkan.
Membina semula kemuliaan bangsa yang seakan hilang keyakinan diri.
Hilang kerana mengalami sindrom Minda Tertawan.
Perlu ada golongan karyawan berganding bahu dengan ahli sejarawan, menukilkan kisah-kisah pemimpin ummat.
Membina karya sastera agung untuk tatapan dan penghayatan masyarakat.
Paling tidak pun perlu ada karyawan yang dapat menghasilkan karya yang memberi gambaran realiti dan kritikan masyarakat, dan memberi inspirasi untuk membangun. Apakah akan ada lagi watak P.Ramlee abad ini? Seorang yang menghasilkan karya yang mampu membuka kesedaran masyarakat mengenai kepincangan sosial dan politik, seperti Penarik Beca , Antara Dua Darjat dan Ibu Mertuaku.
Aku di sini akan tetap menunggu P.Ramlee abad ini.
No comments:
Post a Comment