Saturday, 20 June 2015

The Winning Mentality

Aku takjub, wujudnya winning mentality yang dilahirkan oleh winning confidence.

https://youtu.be/wHNZj0uFR1E

Friday, 19 June 2015

Menjejaki semula jejak lama

"Its official" , aku dah deactivate fb aku.

Terlalu banyak masa aku habis dengan FB. Bukanlah isunya aku melakukan perkara yang tidak bermanfaat dgn FB aku.
Aku banyak membaca, mengikuti isu semasa dan mendapat pandangan dari pelbagai orang yang aku "follow". Banyak juga hubungan yang terjalin, selain dari menjadi medium aku berkomunikasi dan beroganisasi.

" Tekanan psikologi"

Dalam dunia yang dikatakan sebagai zaman " information overload". Oleh kerana terlalu banyak input2 n bacaan yg aku dapat dari FB dari orang2 yg aku follow. Ia semacam menjadi tekanan "psikologi" kepada aku untuk mengikuti dan membaca satu persatu post yang hadir dalam "news feed"

Walaupun ia banyak membantu aku, tetapi oleh kerana terlalu banyak "volume" maklumat yang datang. Aku tewas, "overwhelmed". Sehingga kerana aku " compromised" bacaan rutin aku yang lebih core, akhirnya aku terjerumus dengan perkara "ad-hoc". Aku terlepas pandang akan bacaan " core" aku yang lebih berstrategik dan memberi kesan jangka masa panjang, Sebaliknya aku terkejar-kejar dengan perkara yang mendatang melalui FB.

"State of Denial"

Terlalu lama aku berada dalam state of denial, aku merasakan aku selamat dari ketagihan FB. Oleh kerana aku banyak mendapat bahan bacaan yang baik melalui FB, akhirnya aku menjadi "dependent" kepada FB untuk menambah ilmu dan pengetahuan.

Sungguh ironi bukan, aku yang pernah suatu ketika menasihati adik2 aku untuk berhenti dari menggunakan FB, kerana melihat kpd "pointlessness" mereka ber"FB". Menyorot kembali nasihat itu ada benarnya, tetapi menjadi bermasalah apabila nasihat itu aku berikan dengan rasa "self-righteous". Aku merasakan kerana aku mampu memberi nasihat, maka aku terlepas dari ujian FB.

Kini aku mengerti, aku perlu kembali kepada perkara asas. Menguatkan semula disiplin asas aku, menguasai diri demi mencapai kebebasan.
Aku suka dengan analogi Dr Tariq Ramadhan berkenaan pemain violin, hanya dengan menguasai disiplin ilmu bermain violin barulah seseorang kelihatan bebas bermain " effortlessly".

"Menjejaki semula jejak lama"

Aku pernah hidup dalam zaman yang aku rasa dipenuhi makna, zaman ketika aku tidak bergantung kepada FB sebagai sumber bacaan yang utama.
Sebaliknya aku bergantung kepada buku, ceramah dan artikel/kertas kerja.
Memang pada zaman itu pengetahuan mungkin tidak "up to date", tetapi sekurang-kurangnya ia mengeyangkan aku.
Aku rindu kelazatan dahulu.
Maka aku bertekad, dengan menggunakan semangat Ramadhan ini, sebagai sebuah pendorong mencari dan menjejaki semula jalan dahulu.



Saturday, 13 June 2015

Menunggu P. Ramlee abad ini

Apabila aku terbaca kisah bagaimana Okubo Toshimichi menjadi antara watak  dalam "Meiji Restoration".
Aku kagum, bagaimana ada watak samurai yang ingin melakukan  perubahan institusi politik dan ekonomi tanpa sebarang kepentingan peribadi.
Bagaiman bermula dengan " Meiji Restoration" sejarah Jepun berubah sama sekali, dari sebuah masyarakat feudal kepada masyarakat yang lebih adil dan inklusif.

Aku melihat keperluan untuk khazanah sejarah dikaji. Di mana watak-watak pemimpin bangsa Melayu yang berintegriti dan berwawasan di tonjolkan.
Membina semula kemuliaan bangsa yang seakan hilang keyakinan diri.
Hilang kerana mengalami sindrom Minda Tertawan.

Perlu ada golongan karyawan berganding bahu dengan ahli sejarawan, menukilkan kisah-kisah pemimpin ummat.
Membina karya sastera agung untuk tatapan dan penghayatan masyarakat.

Paling tidak pun perlu ada karyawan yang dapat menghasilkan karya yang memberi gambaran realiti dan kritikan masyarakat, dan memberi inspirasi untuk membangun. Apakah akan ada lagi watak P.Ramlee abad ini? Seorang yang menghasilkan karya yang mampu membuka kesedaran masyarakat mengenai kepincangan sosial dan politik, seperti Penarik Beca , Antara Dua Darjat dan Ibu Mertuaku.

Aku di sini akan tetap menunggu P.Ramlee abad ini.

Damai yang jarang mengunjung tiba

Hujan begitu lebat turun, aman. Begitu nyaman udara yg bertiupan membawa bau harum tanah dan pohon-pohon yang dilimpahi hujan.

Aku duduk sendirian dari meja kafe ini. Sedang menjamah kuih karipap berintikan ubi kentang.
Sudah lama tidak menjamah kuih karipap resepi mak ngah aku. . Teringat kepada karipap pusing yang garing di luar namun begitu lembut di dalam.

Ahh, kerinduan yang membuai-buai jiwa ku. Lebih-lebih lagi sedang sendirian.
Aku merenung jauh kearah hujan, membayangkan manik-manik hujan yang turun.
Begitu indahnya kitaran alam.

Termenung aku, bahagia dengan keamanan dengan waktu senggang. Sudah lama tidak aku mempunyai masa sebegini, sejak sibuk dengan komitmen luar. Bukanlah aku tidak bersyukur atau suka dengan komitmen luar yang mengisi masa lapang aku.
Cumanya kadang-kadang seseorang itu memerlukan masa kosong.

Seperti kata John Gray, seorang lelaki memerlukan masa tuk dia masuk ke dalam "Gua" nya. Masa sendiri.
Aku bukan membenci kesibukan fard ain aku sebagai pelajar, komitmen tanpa henti. Klinik, Lab, Appointment, ahhh.

Adakala emosi aku tidak terkawal, sehingga membenci rutin harian yang tidak berkesudah. Rutin yang membantutkan pembacaan, penulisan dan kerja-kerja lain aku.

Aku masih duduk di situ, beredar mencari ruang yang lebih sunyi.
Melihat keindahan alam, menarik nafas dalam-dalam. Menikmati damai yang jarang mengunjung tiba.

Thursday, 11 June 2015

Masih banyak yang perlu dilakukan

Terlalu banyak kerja yang masih perlu dilakukan..

Aku mengeluh seorang. Aku sedar keluhan itu tidak akan membawa sebarang hasil, biarlah cukup sekadar melepaskan keresahan sedikit.

Perkongsian semalam sangat berbekas.
Aku selama ini merasakan serba sedikit aku mulai belajar, tetapi banyak pelajaran aku itu yg melangit tetapi tidak membumi. Ya ia bermanfaat bagiku, tetapi oleh kerana aku terlalu cepat melangit. Aku terpisah atau "detached" dari kalangan yang sebaya dengan aku.

Akhirnya apabila aku meningkat usia, aku tidak dapat turun kepada adik-adik. Aku perlu memerah akal, bagaimana untuk menyesuaikan pengisian agar sesuai dengan kemampuan dan keperluan mereka. Oleh itu juga aku jadi keberatan untuk berkongsi apabila dijemput.

Sukar rupanya kemahiran mengenalpasti dan menyesuaikan laras bahasa dan pengisian mengikut "audience".
Sekarang aku lihat, berapa aku perlu menstrukturkan semula kefahaman asas aku. Membina semula kefahaman konseptual asas, membaca bacaan asas.

Aku perlu bersedia untuk menjadi 'Abang' untuk sentiasa bersedia berdepan dengan persoalan dan keperluan mereka, disamping mengembangkan ilmu aku dalam bidang " specialization" aku.