Saturday, 4 January 2014

BIBLOPHILIA 3 - Ulasan 'The One Minute Manager' dan 'More Than A Minute' - edited n finalize


Di masa kini dunia berputar begitu pantas, manusia terlalu taksub dengan Idea sesuatu it perlu pantas, pengeluaran mestilah yang tertinggi, sesuatu itu perlu ekonomik dan berkualiti. Ya benar tidak ada salahnya begitu namun itu lah hakikatnya 'Worldview' yang berpaksikan Material dan Kapitalist. Pembangunan 'Good Citizen' diutamakan daripada pembangunan 'Good Person'

Bila bercakap berkenaan pembangunan tidak boleh lari dari bercakap mengenai "Management". Jika di lihat begitu banyak buku-buku yang ditulis membincangkan teori-teori 'Management' dalam pelbagai konteks. Jika ingin di telaah segala tulisan-tulisan ini maka tidak akan berkesudah kiranya tanpa sebarang gerak kerja. Namun di sini tidaklah dimaksudkan tidak boleh dibaca namun haruslah pembacaan itu sedikit selektif. Berbalik kepada tujuan asal penulisan ulasan ini adalah sedikit sebanyak merumuskan sesi bedah buku dua buku management yang begitu menarik iaitu 'The One Minute Manager' dan 'More Than A Minute'

Sebelum kita selami kandungan-kandungan buku ini adalah lebih baik kita membincangkan perkara asas yang menjadi cabaran-cabaran dalam 'Management' sebuah organisasi atau persatuan. Antara cabaran-cabaran yang utama ialah tiada matlamat yang jelas, ketandusan pemimpin untuk memimpin, dan kelemahan dalam mengenal pasti kelemahan dan strategi mengatasinya.

Pada masa kini, sudah pastinya ramai yang sudah faham benar akan konsep "Goal Setting", istilah seperti Vision, Mission bukanlah satu istilah yang asing. Namun sebenarnya masih banyak persatuan atau gerakan yang tidak jelas akan misi dan visi yang ingin dibawa, akhirnya banyaklah aktiviti-aktiviti yang dilakukan hanyalah sekadar sekadar aktiviti-aktiviti tanpa membawa dan memperkasakan visi dan misi yang dibawa. Banyak aktiviti tetapi semuanya aktiviti 'picisan' dan ada pula yang setakat berhenti kepada 'aktiviti rutin'.

Mungkin juga ia bukanlah salah secara total persatuan-persatuan tetapi salah "Leader" atau orang yang menerajui persatuan-persatuan ini. Melalui pengamatan saya adalah sukar mencari "Leader" yang holistik iaitu leader yang berkebolehan untuk "Manage" dan " Lead". Ada yang sekadar hebat bicaranya namun tidak mampu bekerja, ada yang hebat atur kerjanya namun tidak mampu memimpin. Pokoknya disini janganlah tersilap melantik seorang "Manager" untuk 'Lead' sesebuah organisasi.

Persoalan yang paling besar dan utama, apakah "Leader" lahir atau adakah dilahirkan. Mungkin jawapan ini dapat dijawab secara tidak langsung oleh John C Maxwell dalam bukunya 5 level of Leadership.
Mungkin ada yang kurang bersetuju dengan klasifikasi "Leader" dalam kerangka yang diutarakan oleh beliau, namun bagi saya secara umumnya pengamatannya saya kira tepat.

Bila bercakap berkenaan 5 level of leadership, tidak boleh tidak saya kupaskan secara ringkas apa yang di maksudkan dengan 5 peringkat kepimpinan.
Peringkat yang pertama dan yang paling bawah ialah pemimpin yang bersifat posisi semata-mata yang mana orang hanya mengikutnya kerana dia seorang bos. Jawatannya sahaja yang membolehkan dia melakukan dan mengarahkan orang untuk melakukan sesuatu dan jika di takdirkan dia jatuh maka tiadalah orang yang akan mendengar kata-katanya.
Peringkat yang kedua pula pemimpin yang diikuti kerana dia disukai. Jika dilihat ada dari kalangan kawan-kawan kita ada karisma, di mana dia mempunyai daya tarikan yang mana suaranya akan di dengari dan mempunyai pengaruh.
Peringkat yang ketiga membincangkan berkenaan seorang pemimpin yang diikuti dan dihormati kerana mempunyai track record yang baik sebagai pemimpin. Pemimpin peringkat ketiga ini dipercayai dan di angkat kerana mempunyai kebolehan dan kemahiran di samping mempunyai daya tarikan atau karisma.
Peringkat yang keempat dan ialah pemimpin yang unggul di mana bukan sahaja dia boleh memimpin tetapi dia boleh mendidik dan membentuk pelapis-pelapis pemimpin yang lain. 
Pemimpin tahap kelima dan yang terulung hanyalah akan tercapai apabila seorang pemimpin ini akan sentiasa membentuk pelapis pemimpin-pemimpin yang lain dan dia bersama-sama mengangkat kumpulannya bersama. Akhirnya pemimpin ini akan di angkat sendiri oleh pelapis-pelapisnya yang di bentuk olehnya. 

Jika dilihat pemimpin-peminpin masa kini sangat sedikit atau tiada pemimpin yang mencapai Pemimpin peringkat ke-4 yang dimaksudkan John C Maxwell. Mungkin agak klise namun rasa-rasanya hanya seorang pemimpin yang mencapai peringkat kelima ini hanyalah Khatimul Anbiya iaitu Muhammad bin Abdullah.

Maaf  mungkin agak tersasar sedikit dari kupasan buku 'The One Minute Manager' dan 'More Than A Minute'  namun tidak boleh untuk tidak saya kupas tentang siapa itu " Leader"
Baiklah berbalik kepada rumusan perbincangan 2 buku ini, secara asasnya kedua-dua buku ini dapat di ringkaskan ke dalam 4 bab yang besar iaitu 'Goal Setting' , Development of High Performance Culture, Positive Feedback, Leveraging and Learning.

Dalam bab yang pertama berkenaan 'Goal Setting' kedua-dua buku ini mengulas akan perkara asas yang sama namun dalam sudut pandangan yang sedikit berbeza.
Di dalam TOMM dibincangkan secara meluas akan perlunya 'Job Description' sebagai penjelasan dan perincian akan skop dan tanggungjawab seseorang. Dengan mempunyai 'Job Description' setiap individu di dalam organisasi tahu akan apa yang akan di soal dan dipertanggungjawabkan. Manakala di dalam MOTAM pula mengulas 'Goal Setting' itu sebagai 'Strategic Planning' iaitu perlunya sesuatu organisasi dan individu mempunyai hala tujuan dan melihat sesuatu perkara dalam kaca mata yang luas. Perkara seperti apa, bagaimana dan kenapa perlu diperjelaskan sehingga difahami oleh segenap ahli di dalam organisasi itu.

Untuk mengulaskan apa itu "Strategic Planning" saya rasakan adalah memadai sekadar analisis berdasarkan prinsip S.W.O.T iaitu 
Stregth, Weakness, Oppourtunity and Threats yang akhirnya digunakan sebagai 'framework' meletakkan target dan goal. 

Bab seterusnya iaitu 'Development of High Performance Culture' secara rumusannya bercakap berkenaan bagaiman satu Rutin akan menjadi satu Habbit dan akhirnya menjadi satu Budaya. Bagaimana budaya itu boleh di ' Learned' dan 'Unlearned'. Bermakna budaya yang positif itu boleh di pelajari dan budaya yang negatif itu boleh dibuang.  Prinsip yang sama semula dapat di guna pakai iaitu sebelum mencipta budaya yang berdaya tinggi perlunya untuk di perincikan apa budaya yang kita mahukan. Dari situ kita membentuk dan menanamkan budaya itu, kemudian kita perlu melihat semula dan mencari 'blindspot' atau kekurangan budaya sebentar tadi.
Untuk memahami bagaimana kita melihat semula dan menimbal baik buruk budaya marilah kita melihat bab yang seterusnya iaitu Positive Feedback. 

Feedback ini haruslah mempunyai sumber iaitu 'Facts and Figures' dan bukan melalui apa yang di 'Rasai' betul. Ini disandarkan kepada hakikat bahawa apa yang di'Rasa'kan itu adalah subjektif dan belum tentu tepat dengan hakikat sesuatu. Di sarankan juga betapa seorang leader dan manager mengubah paradigma dari 'Mencari Apa Yang Untuk di Kritik' kepada   'Mencari Apa Yang Untuk Dipuji'. Di sebutkan juga suatu konsep yang menarik  iaitu satu 'Isu' itu tanpa sebarang penyelesaian hanyalah satu 'Complaint'. Satu 'Isu' itu hanyalah menjadi satu 'Problem' apabila ia disertakan bersama penyelesaiannya.

Akhir sekali dibincangkan di dalam bab 'Leveraging and Learning' bahawa sesuatu apa pun proses pembelajaran tidak pernah berhenti dan muhasabah dan pembaikan diri adalah satu proses bukan satu tahap. Apa yang di maksudkan ialah 'Self Development and Improvement' ada secara berterusan dan tidak boleh berhenti atau statik. Tidak keterlaluan juga untuk mengatakan bahawa proses 'Self Development and Improvement' sebagai satu Jihad dalam meng'Islah'kan diri.

Akhir kata, catatan ini hanyalah sebagai ringkasan dari kupasan 2 buku yang besar ini. Sebenarnya jika dilihat buku ini bukanlah ditulis oleh penulis yang sama dan bukan juga ditulis pada tempoh yang sama, walaupun begitu denyut buku ini lebih kurang sama walaupun intonasinya erbeza. Maka untuk mendapatkan manfaat dan kefahaman yang lebih tepat di sarankan untuk membaca sendiri 2 buku ini.


No comments:

Post a Comment