Saturday, 21 June 2014

1. Tujuan Hidup

Tulisan ini merupakan sebuah tulisan berbentuk nasihat atau bimbingan untuk adik-adik saya dan juga sesiapa sahaja yang dapat memanfaatkanya.

Dalam hidup ini kita perlu tahu tujuan dan tanggungjawab kita sebagai hamba Allah iaitu secara umumnya amanah sebagai khalifah di muka bumi dan juga untuk beribadah kepadanya. Apabila kita faham dua tujuan asas ini, maka perlu kita fahami pula perkara asas kepada dua tanggungjawab ini.

Kita sering faham khalifah itu bermakna sebagai pentadbir atau pengurus semata-mata. Jangan menyempitkan definisi khalifah kepada sekadar itu sahaja kerana ia seolah-olah memberi gambaran bahawa kita mempunyai hak mutlak menguruskan bumi mengikut apa yang kita rasa betul.

Benar kita dikurniakan aqal sebagai suatu alat untuk berfikir dan membuat pertimbangan, namun ia haruslah dipandu oleh syariat dan bukannya nafsu . Kita perlu faham hak sebagai khalifah itu disertakan dengan prinsip dan syarat. Jika kita melanggar prinsip dan syarat ini maka secara automatis hak itu akan hilang.



“Aku tidak menjadikan Jin dan Manusia melainkan untuk beribadah kepadaKu” (Q.S. 51:56)

Perlu kita faham Ibadah ini terbahagi kepada dua iaitu ibadah khusus dan umum. Ibadah khusus melibatkan  ibadah yang disyariatkan secara penuh seperti solat, puasa, zakat. Dalam bab ini harus kita fahama dan berpegang kepada apa yang telah ulama dahulu sepakati dan setuju dan janganlah terbawa-bawa dengan innovasi-innovasi (bid’ah). 

Namun haruslah kita jangan bersikap keras sebaliknya bersikap terbuka dan berdialog apabila kita melihat perkara-perkara innovasi ( bid’ah) ini. Kerana larangan bersifat keras, berhujah sehabis-habisan tidak membawa kebaikan hanya luka, masam muka dan perpecahan. Jangan memaksa dan membiarkan diri dipaksa.
Berpegang kepada asas dan janganlah tenggelam dalam perbincangan khilaf kerana akhirnya apabila kita bukan orang yang ahli (orang yang arif dalam sesuatu bidang) maka ia tidak membawa apa-apa manfaat. Berpegang kepada prinsip ‘Seek to Understand’ / ‘Cuba Memahami’ dan lebihkan bertanya “Apakah yang kamu maksudkan?” daripada membuat ‘assumptions’ sendiri.

Pada kala ini pun abang sebenarnya masih lemah dan masih lagi belajar.
Ibadah umum pula merupakan semua bentuk rutin dan aktivti umum manusia yang membawa kebaikan selagi mana kita berniat kerana Allah. Dalam bab ini kita perlu jelas bahawa pintu ijtihad sentiasa terbuka dan segalanya masih dalam ruang lingkup penghujahan. Namun tidaklah abang memaksudkan bahawa kita perlu merungkai dan mempersoalkan segala sesuatu yang timbul.

Disini perlu kita berpegang kepada sifat kritis dan beradab. Perlu juga kita faham kepentingan mengambil kira konteks masyarakat, masa, tempat sesuatu itu dan tidak memukul secara sama rata dan merasakan apa yang kita rasa betul mesti jua betul untuk orang lain.
Moga di masa depan abang dapat mengulas pula cara-cara bertindak berdasarkan prinsip.


‘Akhir kata – I am just human and not infallible. I can make mistakes, but do not condemn or judge me. Insteaqd approach and advice my with hikmah’

No comments:

Post a Comment