Aku sedar segala ujian yang datang ini tidak lain tidak bukan untuk aku belajar. Belajar untuk menyempurnakan nikmat yang telah diberikan. Aku tahu masih banyak kurangnya aku, aku tidak malu mengaku dan membuat kesilapan. Aku juga tidak malu untuk memohon maaf atas salah silap aku. Tegurlah aku jika ada aku ada membuat salah silap. Tegurlah dan berpesan-pesanlah kepadaku dengan hikmah, dengan kesabaran dan kebenaran..
Aku tahu boleh jadi selepas selesainya aku menulis ini akan datang ujian demi ujian dari tuhan, aku redha dan aku berdoa agar lulus dalam ujiannya. Jika tidak aku berdoa agar ditunjukkan jawapan supaya aku belajar dari kegagalan. . Aku tidak mahu jadi pengecut yang hanya berpeluk tubuh dan tidak mahu di uji kemudian bangga diri kerana tidak pernah gagal dalam ujian tuhan. .
Aku tidak mahu jadi bodoh sombong, biarlah aku merendah diri kerana aku faham sebuah hakikat. Betapa di waktu hujan air yang paling banyak bertakung dan berkumpul adalah di tempat yang paling bawah. Ya engkau cakap itu berlaku sebab graviti, aku mahu tanya semula graviti itu tidak tertakluk kepada undang-undang yang diciptakan tuhan ka?
This comment has been removed by the author.
ReplyDelete