Agak sukar sebenarnya untuk seseorang membuat keputusan tetap akan apa yang ingin dicapai dalam hidup. Semua pun akan berubah mengikut pengamalan dan perkara yang berlaku dalam hidupnya.
Boleh dikatakan hidup ini sebagai sebuah lukisan yang hidup, tidak semestinya coretan dan garisan yang telah dilakar dan warna itu kekal begitu. Boleh jadi akan berubah, dari merah boleh menjadi biru. Begitulah hidup.
Hidup bukanlah sebuah pecutan siapa yang paling cepat dan siap melakar dan mewarnai kanvas hidupnya. Kerana jika itu indikator nya, apakah bermakna selesainya karya itu maka berakhirnya hidup itu?
Analogi mudah, seperti novel sekali pun. Walaupun ia sudah "tamat" namun sebenarnya ia sedikit kerana kisah pasca dari "tamat" itu masih berjalan cuma tidaklah disambung tulisannya.
Begitu lah hidup, ia suatu dinamika. Boleh jadi pada suatu ketika kita sudah membuat keputusan yang masak namun setelah suatu ketika kita akan merubah keputusan kita. Tiada apa yang pasti, yang pasti hanyalah kita selamanya tidak akan mendapat kepastian.
No comments:
Post a Comment