Wednesday, 2 November 2016

It all makes sense

Sekarang barulah "it all makes sense", pencarian aku dalam menuntut ilmu dalam mencari identiti diri dan apa yang ingin aku lakukan dalam hidup telah membuah kan hasil.

Tidak pernah aku terfikir untuk memulakan projek penulisan dalam eBook "Roadmap to Financial Freedom" (btw ni masih working title) . Ia bermula dari membaca dua buah judul buku yang dipanjangkan oleh Abg Naim Jaafar buku "4 Hours Work Week - Timothy Ferris" dan "100$ startup - Chris Guillebeau", aku memulakan proses pemikiran.. Bagaimana kah aku ingin mencaturkan hidup aku.. Begitu banyak idea datang dan berlalu tetapi banyak yang samar-samar atau terlalu jauh untuk aku mulakan.

Hanyalah setelah membaca semula buku 100$ start up , setelah membeli nya semula dari Borders untuk koleksi peribadi ; aku mendapat ilham.. semua nya seperti jigsaw puzzle yang tercantum dengan cantik. Aku masih ingat dalam stay aku pada hari yang terakhir di studio Foresight, Abg Naim ada berkongsi cerita pada khalis bagaimana Puan Ainon PTS mendalami buku2 Edward De Bono dan kemudian copy n paste dengan tambahan cita rasa paradigma masyarakat Malaysia, tetapi dia tidak dipanggil Edward De Bono ciplak tetapi Puan Ainon.. Maka terbina nya branding khusus Puan Ainon sebagai pakar dalam bidang mindmap dan thinking .. "Jadi Timothy Ferris cukup" ujar Abg Naim, ketika itu aku hanya ketawa kerana ingat ia suatu jenaka.. Tetapi kini barulah aku dapat mengerti maksudnya.. 

Dua "passion" aku iaitu Financial Planning dan Pulau Pinang, membuka jalan baru.. Jika dahulu bukan aku tidak berfikir akan perihal ini.. Pernah .. ada sahaja projek yang difikirkan, pernah aku mendapat idea untuk mempakejkan perlancongan ke Pulau Pinang dan membuat satu "Travel Agency" tetapi ia agak tidak realistik pada waktu itu.. Kini bermula dengan "information product" aku nampak jalan dengan eBook dan di masa depan apps/website.

Aku tidak akan menulis panjang di sini, kerana agak sukar menterjemah segala yang aku rasa dan fikirkan dalam tulisan.. Perasaan mendapat penemuan atau " Eureka Feeling" sangat manis dan seperti dadah.. I am addicted to it..

Insyaallah banyak pemikiran,ilmu dan pengalaman akan curahkan dalam eBook ini.. Akan aku cabar status quo buku kebanyakkan, aku akan hasil kan sebuah buku yg menjadi satu trendsetter untuk buku2 akan datang.. Berbekalkan prinsip "actionable", "comprehensive" , "challenging the norm" semoga dapat lahirnya buku yang bukan sahaja dapat membuka jalan pendapatan untuk aku tetapi dapat dimanfaatkan oleh ramai orang dan menjadi satu permulaan untuk kerjaya ku.. Semacam apa Ustaz Syaari ( penulis buku Al-Fateh) supaya menulis buku yang niche dan dapat membina career kita, dapat membuka banyak potensi lubuk rezeki dan akhirnya sebati dengan kita.. Cabaran nya ialah untuk mencari tema yang dekat dengan diri dan mempunyai disiplin untuk menulis dan terus menulis ...

No comments:

Post a Comment